|
Institut
Usahawan Muda Malaysia adalah sebuah institut yang
menyediakan khidmat nasihat dan pakar runding bagi
keperluan pelanggan yang ingin mendapatkan kursus
berpandukan teori dan kemahiran bagi memenuhi
keperluan pelanggan masa kini. Selain itu,
pembangunan IUM adalah bertujuan memberikan khidmat
yang terbaik kepda semua pelanggan yang memburu
maklumat dan kejayaan.
Institut
Usahawan Muda juga berfungsi sebagai sumber
interaktif antara warga IUM yang tidak mahu
ketinggalan akibat daripada kesan globalisasi dan
era teknologi informasi dan komunikasi.
Selain itu,
terdapat dua lagi syarikat di bawah pengurusan IUM
iaitu Asian Education Development Bureau
( AEDB )
dan Royal Culture Art of Borneo Academy yang mana
bertujuan untuk melahirkan serta mewujudkan masyarakat
yang berpengetahuan dan serba-serbi dalam segala hal
berkaitan pendidikan dan seni kebudayaan.
VISI
Menjadi institusi latihan dan pusat khidmat
nasihat dan pakar runding dalam perniagaan,
perlesenan dan berusaha meningkatkan kemahiran
pengurusan kepemimpin, usahawan dan tenaga kerja
koperasi melalui program latihan, khidmat nasihat
dan konsultansi.
MISI
Melahirkan komuniti dan usahawan yang berilmu,
berintegriti dan professional melalui program
latihan dan kemahiran yang bersesuaian dengan
keperluan pembangunan Negara
Melahirkan warga pelajar dan usahawan IUM yang
komited, berpengetahuan, kreatif, inovatif, dan
beretika melalui program pembangunan usahawan dan
pendedahan dalam bidang kerjaya.
FOKUS
Kecemerlangan dalam latihan bagi melatih tenaga
kerja yang mahir bagi keperluan semasa.
FUNGSI
Mengadakan kursus berasaskan
teori dan kemahiran dan memberi pengiktirafan bagi
kursus yang sesuai. Selain itu, penyelidikan dan
juga khidmat nasihat akan diberikan dalam
pembangunan bidang perniagaan dari masa kesemasa.
PIAGAM PELANGGAN
- Memperkenalkan pelbagai
kursus dan latihan dalam bidang kerjaya
- Menyediakan pelbagai program, aktiviti dan seumpamanya yang memenuhi keperluan pekerjaan
dalam pasaran era terkini.
- Mengadakan latihan jangka pendek bagi melahirkan
bakal peniaga dan tenaga kerja yang mahir.
- Mengemaskinikan kualiti kerja dan perkhidmatan setiap
masa.
- Memastikan kemudahan-kemudahan pembelajaran yang
selesa dan lengkap pada masa yang diperlukan.
- Memastikan perkhidmatan sokongan seperti
penyediaan makanan, penginapan dan pengangkutan bagi
peserta kursus tersedia pada masa yang hendak digunakan.
- Membantu golongan bumiputera atau peniaga dalam
membuka, menjalankan dan memperkembangkan
lagi perniagaan yang diceburi. |